Tanggungjawab sosial bermaksud seseorang itu menyedari bahawa pilihan atau keputusan dan tindakan seseorang akan mempengaruhi persekitaran di mana dia tinggal.Keputusan yang dibuat sebagai individu, pekerja, majikan, warganegara, profesional dan ahli politik mempunyai kesan kepada masyarakat dan persekitaran semula jadi.
Tanggungjawab sosial juga merupakan sebahagian daripada etika kerana individu bertanggungjawab untuk memenuhi tugas sivik mereka.Contohnya,Badan Bukan Kerajaan(NGO) pergi membantu mangsa yang terjejas bencana banjir.
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEBAGAI RAKYAT (AHLI MASYARAKAT)
Tanggungjawab sosial dalam masyarakat amat penting kerana ia dapat mengelakkan perselisihan antara kaum atau etnik dalam sesebuah negara.Hal ini menyebabkan tanggungjawab diri amat diperlukan bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan sejahtera.
i. Merupakan Tanggungjawab terhadap diri sendiri
ii. Setiap tindakan yang dilakukan perlu mengikuti etika yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi penguatkuasaan luaran dan ancaman seperti hukuman atau tekanan masyarakat di sekeliling yang akan menjadi agen moral terhadap satu sama lain.
iii. Sebagai khalifah di Bumi ini,semua orang bertanggungjawab dan mempunyai amanah untuk memastikan setiap individu mampu untuk mengawal tindakannya dan tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah negara.
iv. Masyarakat juga perlu menjaga hubungan sesama manusia dan juga mereka haruslah beretika di semua tempat seperti di tempat kerja supaya tidak berlakunya sebarang permusuhan.
Ustaz Ebit Lew hanyalah rakyat biasa tetapi beliau dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia kerana tidak putus-putus membantu rakyat Malaysia dan sikapnya yang amat menghormati seluruh lapisan masyarakat merupakan imej yang baik bagi agama Islam
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP MANUSIA LAIN
Tanggungjawab sosial terhadap manusia amat diperlukan oleh masyarakat agar masyarakat tidak berpecah belah sekaligus menyebabkan negara dalam keadaan aman dan harmoni.
i. Kebaikan ialah prinsip khusus yang ada pada diri sendiri dan juga orang lain.
ii. Asas hidup bermasyarakat adalah Interaksi dan Kerjasama.
iii. Saling memerlukan-Manusia memerlukan orang lain untuk memenuhi pelbagai keperluan
iv. Terbentuklah komuniti yang kemudiannya dipanggil tamadun apabila wujudnya sistem bermasyarakat atau komuniti yang sistematik dan kompleks.
rgotong-royong membersihkan Kawasan kampung agar bebas dari penyakit taun dan denggi
TANGGUNGJAWAB SOSIAL TERHADAP PROFESIONAL (PEKERJA)
Tanggungjawab sosial pekerja amat penting bagi membantu menaikkan ekonomi negara.Tanggungjawab mereka amat penting agar negara tidak mengalami kerugian dari segi kewangan .Tenaga mereka penting bagi memastikan nama negara Malaysia dikenali di serata dunia.
i. Terdapat 7 sifat Amanah kepada profesion yang perlu dipegang iaitu:
· Jujur
· berterus terang
· cekap
· tekun,
· teliti
· setia
· menyimpan rahsia.
ii. Suasana kekeluargaan,kasih sayang,muafakat dan kebajikan dalam organisasi yang boleh menimbulkan perasaan seronok ketika bekerja.
iii. Prinsip menjaga kepuasan seseorang adalah tanggungjawab sosial kepada pelanggan atau orang berpengaruh
iv. Pekerja memiliki tanggungjawab sosial kepada umum(masyarakat) iaitu pihak ketiga.
v. Tanggungjawab sosial yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua orang tanpa mengira agama,warna kulit,jantina fahaman politik dan status sosio-ekonomi.
vi. Tanggungjawab seorang fidusiari terhadap majikan atau pemegang saham
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KE ATAS ALAM SEKITAR
Tanggungjawab terhadap alam sekitar amat penting kerana dapat membantu dalam menjaga persekitaran.Selain itu,tanggungjawab sosial dapat mengelakkan bencana alam seperti banjir kilat,pemanasan global dan sebagainya berlaku.
i. Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Rum ayat 41:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ اَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ
Maksudnya:Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
ii. Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya yang memberikan eksternalitas negatif terhadap masyarakat dan penduduk sekitar.
iii. Isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada pengguna,peniaga dan masyarakat awam menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau memelihara alam sekitar
Alam sekitar ini merupakan anugerah oleh tuhan kepada manusia jadi kita sebagai khalifah di bumi ini yang mempunyai kemampuan untuk berfikir haruslah menjaga alam sekitar ini agar generasi akan datang boleh merasai keindahan alam secara fizikal,bukanlah melalui gambar semata-mata.Antara bukti pencemaran air akibat pembuangan sisa-sisa kimia pencemaran ammonia dan bahan toksik lain dari kilang-kilang ke sungai ialah pernah dilaporkan di kawasan Pasir Gudang iaitu Sungai Kim Kim dan Sungai Johor di Johor.
Implikasi Jika Tanggungjawab Sosial Tidak Dilakukan
Terdapat beberapa
impak yang akan berlaku jika seluruh rakyat Malaysia tidak menjalankan tanggungjawab
sosial.Antaranya ialah:
1. Imej negara akan terjejas
2. Tidak boleh mengeratkan silaturahim antara kaum dan agama
lain.
3. Masyarakat tidak mudah mempercayai atau tidak menghormati
terhadap pihak yang bertanggubgjawab.
4. Bencana alam berlaku.
5.Sejarah 13 Mei berisiko untuk berulang Kembali.
Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada
tuntutan naluri dan keperluan manusia. Tidak seorang yang boleh hidup tanpa
ditemani oleh orang lain. Kehidupan bermasyarakt bererti hidup berjiran
tetangga, berorganisasi, berteman, bersaudara, berkasih saying, bersatupadu,
tolong menolong, dan seumpamanya.
Tanggungjawab sosial secara umumnya ialah komitmen individu atau sesebuah organisasi untuk beroperasi secara ekonomik dan mengambil kira keadaan persekitaran sosial di sekeliling mereka.
Kesimpulannya,tanggungjawab
sosial ini merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia dalam segala aspek
kehidupan kerana ia memberi faedah kepada semua rakyat Malaysia.Selain itu,wajarlah
ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan tegas agar mudah untuk menjalankan
tanggungjawab sosial ini ketika mencapai umur yang matang(Melentur Buluh Biar
Dari Rebungnya)
Rujukan
Comments
Post a Comment